Buku Kesejahteraan Hidup Masyarakat Suku Laut Pulau Bertam

Penulis Prof. Madya. Dr. Abd Rahman Ahmad
Prof. Madya. Dr. Khairunesa Isa
Meri Enita Puspita Sari, S.I.P., M.P.A.
Institusi
Kategori Buku Referensi
Bidang Ilmu Sosial dan Politik
ISBN 978-623-02-2256-6
Ukuran 15.5×23 cm
Halaman x, 61 cm
Ketersediaan Pesan Dulu
Tahun 2021

Rp 66.000

Deskripsi

Sinopsis Buku Kesejahteraan Hidup Masyarakat Suku Laut Pulau Bertam

Buku Kesejahteraan Hidup Masyarakat Suku Laut Pulau Bertam

Dalam era globalisasi, semua negara berlumba-lumba menempa nama untuk pembangunan dan kemajuan negara. Kemajuan yang ingin dicapai bukan hanya merujuk kepada pembangunan fizikal dan sosioekonomi malah kesejahteraan masyarakat juga dilihat sebagai satu faktor penting yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara secara holistik. Dalam konteks ini, semua masyarakat berhak untuk mendapatkan nilai dalam kesejahteraan hidup dalam usaha membantu menyumbang kepada pembangunan negara.

Suku Laut Pulau Bertam, antara suku asli yang masih aktif menjalankan kegiatan perikanan menggunakan kaidah tradisional. Turut terlibat dalam pembangunan hasil inisiatif dari pemerintah Pulau Batam, kehidupan Suku Laut pada hari ini mula mengalami transformasi terutama dari aspek prasarana bagi melengkapkan lagi keperluan kehidupan harian suku minoriti ini. Selain itu, pembangunan yang berlaku juga menyebabkan suku minoriti ini turut menerima tempias dari pencemaran air dan eksploitasi sumber laut yang menjejaskan pendapatan mereka. Keadaan ini secara tidak langsung memberi kesan kepada kesejahteraan hidup Suku Laut Pulau Bertam walau pun mereka menerima inisiatif dari pihak pemerintah.

Buku ini membawa pembaca menelusuri kehidupan realiti suku minoriti ini dengan mendedahkan pembaca dengan tahap kesejahteraan hidup nelayan Suku Laut Pulau Bertam pada peringkat awal. Kemudian pembaca dibawa meneliti dimensi keperluan Suku Laut Pulau Bertam dari aspek sosial dan ekonomi; dan akhir sekali mengupas sejauh mana peranan kerajaan dalam meningkatkan tahap kesejahteraan hidup nelayan Pulau Bertam. Penghayatan dalam penulisan ini diharap dapat menjadikan pembaca lebih menghargai nilai pembangunan yang dimiliki.

Buku Kesejahteraan Hidup Masyarakat Suku Laut Pulau Bertam ini diterbitkan oleh Penerbit Buku Pendidikan Deepublish.

Dapatkan buku-buku berkualitas hanya di Toko Buku Online Deepublish. Kami berfokus menjual buku-buku kuliah untuk Mahasiswa di seluruh Indonesia, dengan pilihan terlengkap kamu pasti mendapatkan buku yang Anda cari.

Kelebihan kami :

*Buku Baru
*Original
*Pengiriman Cepat
*Stok selalu tersedia
*Packing aman & rapi
*Garansi 100% jika produk rusak/cacat/tidak sesuai KAMI GANTI atau UANG ANDA KEMBALI

Pondok Djawara Deepublish

Informasi Tambahan

Berat 0.3 kg

Review

Belum ada ulasan.

Jadilah yang pertama memberikan ulasan “Buku Kesejahteraan Hidup Masyarakat Suku Laut Pulau Bertam”
Tag Produk :